Pengalaman Diserang Gastrik Angin Dan 5 Tips Cara Mengatasinya

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pengalaman Diserang Gastrik Angin 


Hai korang! Cx selama ini memang suka sangat makan makanan pedas dan panas.  Tetapi tidak pernah mengalami sakit perut angin yang menyesakkan.  Memang orang kata kalau tak makan makanan pedas, rasa hidup itu tidak lengkap.  Makanan yang dimakan itu kurang rasa nikmat perginya.  Sungguh memang suka sangat makan pedas.  Namun itu bukanlah perkara yang menyebabkan cx merasai pengalaman diserang gastrik angin.  Tetapi semuanya terjadi apabila waktu pemakanan cx menjadi tidak teratur.  Kerap sangat lewat untuk ambil sarapan.  Kadang-kala tak ambil langsung sarapan dan terus makan tengahari.  Itupun lewat juga dalam pukul dua tiga.  Itulah dia punca sebenar cx diserang gastrik angin.

Gastrik Angin
Pengalaman Diserang Gastrik Angin dan 5 Tips Cara Mengatasinya


Apa Itu Gastrik?

Gastrik atau gastritis ini apa yang cx faham ia disebabkan perut kita keluarkan asid ketika perut kosong.  Asid yang keluar dalam perut kita itu memang bagus sebab ianya berfungsi mencerna makanan.  Asid perut juga membantu membunuh kuman mahupun bakteri yang masuk melalu mulut kita.  Lagi-lagi ketika kita makan, bernafas dan sebagainya.  

Jadi bila perut cx kosong dan tiada makanan untuk asid tersebut cernakan, maka terjadilah pengumpulan asid yang tinggi dalam perut.  Bila asid tinggi, jadi akan terdapat satu mekanisme yang terbentuk dianggap sebagai protective mechanism. Peranan dia adalah untuk melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut. Jadi, bila cx rasa ada angin dalam perut yang mencucuk-cucuk, dia disebabkan berlakunya sesuatu yang dah kacau penghasilan lapisan penting ini dalam perut cx.  Makanya sakitlah cx rasa. 

5 Tips Cara Menghilangkan Sakit Perut Gastrik Angin

  • Dapatkan Rawatan di Klinik

Pertama sekali yang cx buat adalah pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan dengan doktor.  Disebabkan dah tahan sakit semalaman yang man angin masih penuh dalam perut kiri kanan atas bawah tetapi tidak ditengah.  Suami paksa pergi klinik pada hari esok.  Ketika doktor cek dan tekan-tekan perut cx di bahagian yang sakit.  Doktor bagitahu bahawa cx sedang mengalami tanda gastrik angin awalan.  Ya, tanda gastrik angin ini adalah petanda awal.

Kemudian cx bagitahu doktor yang perut bahagian tengah ulu hati tidak sakit.  Yalah, setahu cx, kalau kita diserang gastrik, biasanya memang dia tangkap ulu hati terlebih dahulu.  Ini tidak.  Doktor kata sebenarnya kalau betul awak diserang gastrik sebenar, barulah perut bahagian tengah cx akan betul-betul diserang sakit.  Masa doktor jelaskan sedemikian, barulah cx tahu kisah sebenarnya.  

  • Makan Ubat Klinik yang Dibekalkan Doktor Sahaja

Selepas dah balik klinik, terus cx makan ubat yang diberikan.  Barulah ada rasa kelegaan di perut.  Cx ini sejenis yang penakut ubat sebenarnya tapi bila dah betul-betul sakit, memang semua cx telan.  Ubat gastrik angin ada tiga jenis doktorb belakan kepada cx.  Ubat gastrik angin sebiji sebelum makan.  Kemudian selepas makan, cx dibekalkan dengan ubat gastrik angin dua biji.  Sebiji untuk buang angin gastrik dan satu lagi untuk redakan gastrik.  

Cx konsisten makan ubat gastrik angin yang dibelakan doktor mengikut waktu.  Alhamdulillah, perut sedikit demi sedikit makin lega dan selesa.  Waima masih rasa pedih-pedih jugalah.  Cumanya tidak sekuat sebelum ini.

Gastrik Angin dan Tips Cara Mengatasi
Apa Itu Gastrik?

  • Makan Ikut Jadual 

Doktor juga nasihatkan cx untuk makan ikut jadual bagi orang-orang yang mengalami gastrik.  Yalah, punca gastrik disebabkan oleh jadual pemakanan cx kurang betul sejak kebelakangan ini.  Tambahan lagi cx menyusukan anak kecil.   Jadi punca gastrik ini dapat dibaikpulih dengan menjaga waktu makan.  Cx kena makan ikut jadual seperti yang disarankan;

  1. Sarapan Pagi: 7:00 pagi - 9:00 pagi
  2. Tengahari: 12:00 tengahari - 1:00 petang
  3. Minum Petang: 04:00 petang - 5:00 petang
  4. Makan Malam: 08:00 malam

  • Amalkan Minum Susu

Selain ubat gastrik angin yang doktor bekalkan.  Cx juga amalkan minum susu setiap hari.  Amalkan minum susu untuk melegakan gastrik angin memang membantu.  Cx tak ingat siapa yang kongsi tetapi susu boleh naturalkan keasidan dalam perut.  Setiap hari cx akan minum beberapa cawan.  Pantang rasa pedih perut, memang cx ambil susu dan minum.  Tidak kisah pon susu sejuk atau panas, dua-dua cx okay.  Tetapi bukan susu manis tin ya.  Bukan juga susu milo atau koko.  Ianya susu segar. 

  • Kurangkan Pengambilan Pedas dan Berminyak

Doktor suruh cx kurangkan pegambilan makanan pedas dan berminyak.  Ia membantu melegakan gastrik angin cx juga.  Ya cx memang selepas diserang gastrik angin, memang tak sentuh pedas langsung.  Takut.  Tak sanggup nak ingat rasa sakit gastrik angin dalam perut.  Cx makan nasi dengan lauk sayur sahaja.  Tetapi tidaklah cx mampu untuk tidak makan pedas sehingga seminggu. hari ke empat cx dah makan sambal sardin dengan Resipi Capati Homemade by CX  hahah! Jangan tiru ya perbuatan tidak bermoral ini. 

Jaga Diri dan Kenali Pantang Larang Makanan Gastrik Angin


Begitulah pengalaman cx ketika diserang gastrik angin minggu lepas.  Dia agak sakit sebab korang bayangkan perut penuh angin kiri kanan atas bawah.  Nak buang angin boleh langsung.  Sendawa dan kentut pon tidak boleh.  Gastrik angin itu duduk berkampung dekat satu-satu bahagian tak pergi mana-mana tau.  Memang perut keras, pedih dan sakitlah.  Cx dah cuba minum air panas, tak lega. Cuba juga minum eno halia, dia membantu sekejap sahaja tetapi perut masih keras penuh angin.  

Pantang Larang Makanan Gastrik
Pantang Larang Makanan Gastrik Angin : Kredit To BH


Konon perut angin malam tersebut disebabkan lapar.  Cx pon pergilah makan.  Selepas sahaja makan dan minum air masak, beberapa minit kemudian, Ya Allah azabnya!  Makin teruk angin menolak mencucuk-cucuk.  Rasa menyesal yang amat bila makan. Sungguh! Memang sakit.  Sampai ke pagi takut nak makan dan minum air masak.  Perut masih sakit. Fuh! memang satu pengalaman yang sukar untuk cx lupakan.  Macam manalah orang yang betul-betul ada gastrik gerd dan sebagainya.  Semoga korang dikurniakan kesihatan dan ketabahan daripada Allah. Amin

Jagalah dan Sayangi Diri 
Lahirkznlah Keikhlasan Dihatimu


Post a Comment

6 Comments

Nadia Johari said…
Tu la bila kita rasa nak makan, tak ingat duni.. Bila dh sakit barula rasa bersalah.. Ehehe
Ardini Humaira said…
Huhu, anak dni doktor kata angin sampai nak naik tangga pun dia panjat 1-1 anak tangga je sakit pegang perut
Haih.. Akk gastrik rupanya. Tp x selalu la. Baca2 tanda2 tu mcm ya..
Ooh Deo said…
Makan tak ikut timing mmg slalu kne gastrik..
Nina Mirza said…
Ya gastrik ni bila tak diambil berat lelama sakit nya akan lebih parah. Kak nina pernah sambil jadi ulser dalam perut. Huhuuu
Atie Zieya said…
gastrik is no joke kan.. rasa tak selesa betul :(