Review: Sedap Ke Air Bubble Bee Shuib?

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Review: Sedap Ke Air Bubble Bee Shuib? 

Kelmarin cx ada ke Kuala Lumpur untuk satu majlis pembukaan kedai Rara Lekor di Shah Alam.  Di samping itu, kami buat sambutan hari lahir abah mertua sekali di sana.  Makanya, kami stay dalam tiga hari juga.  Dah alang-alang ada dekat area sana pada hari ketiga, sebelum balik Melaka, kami tiga keluarga rancang untuk cuba sendiri Bubble Bee Shuib di Bangi. Sanggup ya pergi ke sana semata-mata nak rasa sedap ke air bubble bee shuib itu kan? Taknaklah ketinggalan, dah alang-alang ada dekat sana.  Kalau dah balik Melaka, memang tidak merasalah jawabnya. 

Air Bubble Bee Shuib Bangi
Bubble Bee Shuib Bangi

Kami dari IOI City Mall Putrajaya, terus menuju ke Bangi semata-mata nak rasa bubble bee shuib bangi.  Waktu cx sampai dekat kedai bubble bee shuib Bangi, waktu itu dalam pukul 04:20 petang macam tu.  Waktu sampai dekat kedai bubble bee shuib bangi, memang ramai beratur dekat luar.  Barisan panjang sampai ke kedai sebelah dan sebelah.  Jadinya kitorang hantar dua orang wakil untuk order air viral bubble bee Malaysia shuib ini.  Boleh tahan ya lama nak menunggu.  Katanya dalam tempoh dua jam sebab aiskrim habis dan air apa entah yang tak siap lagi, ambil masa lebih kurang satu jam juga untuk itu.  Makanya kami semua bertabahlah dekat situ tunggu air bubble bee shuib siap.  Tapi disebabkan nak kena tunggu dua jam, kami semua pergi solat jamak terlebih dahulu di masjid terdekat.

Order Air Signature Bubble Bee Shuib Bangi

Selepas solat, air bubble bee shuib di bangi pon siap.  Kami pergi ambil dua orang wakil yang tolong beratur dan belikan tadi.  Kami berkampung sekejap dekat pondok tempat parking di masjid tersebut memandangkan anak cx nak tukar pampers dia.  Makanya kami pon secara berjemaah rasa air bubble bee shuib.  Kami order air bubble bee shuib yang merupakan signature bubble bee . Air Signature Bubble Bee Shuib adalah Golden Series Ice Cream.  Harga seunit adalah RM13.90 .  Kami beli tiga unit, untuk suami, cx dan anak-anak. Tetapi akhirnya satu lagi bagi kepada kakak ipar cx sahaja sebab anak-anak kongsi dengan kami.  Jumlah keseluruhan adalah RM41.70 ditambah dengan waktu menunggu selama dua jam.  

Air Bubble Bee Shuib Bangi
Golden Series Ice Cream Bubble Bee Shuib Bangi

Review Golden Series Ice Cream Bubble Bee Shuib Bangi

Okay, pada pendapat tekak cx yang mungkin berbeza antara kita.  Cx rasa Golden Series Ice Cream Bubble Bee Shuib ini biasa-biasa sahaja.  Jika daripada lima bintang, cx boleh bagi 2.5 sahaja. Kalau cx bagi dua bintang kang, jadi kes ajai pula. hihi Pearl dia sedap dan unik sebab rasa madu.  Kemudian Golden Series Ice Cream Bubble Bee Shuib ini ada potongan madu asli.  Madu memang sedap tapi bila dah campur gaul semua, dia jadi manis terlampau.  Cx boleh makan lima sudu sahaja sebab dah mula rasa pening dan mual.  Maaf cakap, tak boleh nak habis sebab muak.  Kami tiga keluarga berpendapat yang sama. Maaf sekali lagi.  

Mungkinlah tekak kami tak boleh masuk atau silap taktik makan waktu petang. Eh! ada kena mengena ke? haha.  Apa-apapun, jangan kecam okay sebab tekak dan rasa kita semua tak sama.  Ada sahaja yang review kata sedap.  Ada juga yang suka dan jadi kegemaran setiap kali pergi kedai bubble bee shuib.  Mungkin tekak cx yang tak boleh masuk.  Rasa dia terlalu medu dan cepat muak.  Maaf ya kepada peminat Air Bubble Bee Shuib.  Maaf juga ya Shuib.  Korang nak tahu sedap ke tidak, kena beli dan rasa sendiri. Tekak dan citarasa kita berbeza-beza.  InShaaaAllah sedap bagi orang lain. 

Semoga Terus Maju 
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu




Post a Comment

9 Comments

azni said…
haa.. so far feedback orang yang pernah minum semua kata manih terlampau .. hehhe.. tapi perasaan untuk mencuba tu tetap ada kan .
Aiman Salleh said…
tak pernah rasa lagi tapi ada la jugak tengok member cakap biasa-biasa jugak. katanya agak kurang berbaloi dengan beratur lama tu hihi. tapi nanti nak try jugak lah. nak rasa sendiri baru boleh komen
Permatabiru said…
teringin pula nak rasa sedapp ke
marsha said…
Akak pun teringin nak rasa. Kalau ke bangi nanti nak masukkan dalam wishlist
Nadia Johari said…
Manis sangat tu.. Boleh agak rasanya.. Hehehe. Kita pun tak rasa lagi
Ai said…
Ai kalau beli air shuib ni memang kena share. Manis terlampau.
Anonymous said…
Biasa biasa jugak rasa. Cornflakes yg biasa juga madu je sedap. Overall 2 je yg sdp madu je aiskrim sdp lg mcd. Sorry ib. Atau mgkn setiap cawangan brbeza rasa
Anonymous said…
Jujur rasa biasa je minuman bubble bee tu..rasa sekali je lah kot..lepas ni takda..