Pengalaman Apply Google Adsense Sendiri dan Lulus Hanya Empat Hari

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pengalaman Apply Google Adsense Sendiri dan Lulus Hanya Empat Hari

CX sebenarnya merupakan seorang blogger yang mula menapak sejak tahun 2011.  Pada waktu itu, cx buat blog sebab terpengaruh dengan kawan yang ada blog.  Kemudian cx pula sejenis yang suka menulis.  Jadi, bila tahu tentang blogger, terus cx buat blog sendiri tapi tetap juga ada tujuan utama.  Alhamdulillah tujuan itu kekal waima ketika dulu, banyak menyimpangnya.  Ya style blogging sekarang dengan dulu tidak sama.  Sangat berbeza.  Jika dulu, kita boleh tulis apa sahaja yang kita suka tanpa fikir faktor lain.  Kini, semuanya berubah.  CX tak pernah terfikir untuk naik taraf blog sendiri.  Tapi Alhamdulillah tahun 2020 ini sangat memberi perubahan besar kepada blog cx dan diri sendiri juga. Alhamdulillah sekali lagi.


Daftar Google Adsense
Pengalaman Apply Google Adsense Sendiri dan Lulus Hanya Empat Hari


Tercetusnya Perubahan Baru

Cx tak rancang pon nak buat perubahan tapi semua ini berlaku dengan sendirinya tanpa cx sedar pon.  Mulanya macam ini tau, waktu itu tuan Hasrul Hassan ada buka slot untuk servis betulkan blogspot.  Jadinya, cx pon ambil kesempatan tersebut.  Cx pon tak tahu tuan HH cek macam mana.  Tapi selepas tuan HH cek, banyak sangat benda nak kena perbetulkan.  Banyak juga yang tuan HH pasangkan, buang apa yang patut dan perbetulkan sedikit.  Kata tuan HH, blog cx sangat teruk sekali daripada segi struktur data. hahaha!  Kemudian, baju untuk blog pon dah ketinggalan zaman.  hahaha! Siapa yang pernah ambil servis dengan tuan HH, mesti tahu tuan HH jenis macam mana.  

Bila tuan HH bagitahu satu-satu yang dibuat,  cx jadi macam, apa ni? Tak faham! hahahha kosong! Sungguh memang tak tahu sebab tak belajar pasal blog.  Dulu buat blog suka-suka sahaja tanpa fikir untuk naik taraf.  Bila jadi macam ini, cx mula belajar sikit-sikit tapi masih tak faham apa bendalah semua yang tuan HH cakapkan. Jenuh juga nak faham sebab google. 

Ohya, sebenarnya sebelum gunakan servis tuan HH, banyak kali juga berfikir, berbaloi ke tidak ya kalalu cx bayar tuan HH untuk tengok blog.  Banyak kali usha tau bila tuan HH buka slot baru untuk servis ini.  Setelah beberapa kali fikir, akhirnya realisasi juga. Kedekut bab duit pon ya juga tu. haha!

Join Biters Group Online Class


Kemudian cx ambil keputusan untuk join Biters Group Online Class.  Kelas yang mengajar untuk kita setting, naik taraf dan ilmu SEO juga.  Banyak lagi ilmu lain yang boleh dapat dekat Biters Group.  Smeua tentang blog.  Mula daripada situ, sedikit demi sedikit cx belajar dan faham.  Itulah pertama kali cx faham apa yang tuan HH terangkan sebelum ini.  Kenapa kena buat macam itu, bagaimana dan cara nak perbetulkan.  Semua ada.  Jika tidak faham, boleh tanya terus.  Pasti ada pakar yang akan jawab.  Terima kasih kepada sis awa yang perkenalkan tentang Group Online Class ini.  Tidak rugi dan sia-sia untuk cx ikut serta.  Banyak ilmu dapat.  Semua ini memerlukan pelaburan.  Alhamdulillah pelaburan yang baik dan berbaloi untuk jangka masa panjang. 

Google Adsense
Iklan Google Adsense

Cuba Apply Google Adsense Sendiri


Selepas lebih kurang sebulan lebih cx buat semua pembaharuan untuk blog.  Waima tidak sempurna dan belum penuh, ada juga perubahannya.  Termasuklah struktur atur blog, cara penulisan , SEO, ilmu-ilmu lain yang berkaitan waima cx tidak lagi tahu sepenuhnya.  Apabila cx rasa macam nak apply-lah adsense.  Masa apply adsense, cx tak fikir apa pon.  Tawakal sahaja. Sekali itu cx buat, kemudian cx tak terfikir untuk cek semula dekat blog ataupun email.  

Selang beberapa hari, cx terus tukar domain dan template blog.  Tiba-tiba bila cx cek emel, ada keluar ucapan tahniah! Ya Allah ! Suka yang tidak terhingga tau! Selalunya tengok orang lain update emel tahniah itu.  Kali ini cx pula. Syukur sangat!  Tak sangka adsense cx lulus dalam masa empat hari.  Rasa macam satu keajaiban yang Allah turunkan kepada cx. Alhamdulillah.

Sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, cx sangat bersyukur.  Dapat juga buat tambah-tambah pendapatan waima seposen dua.  Korang doakan cx istiqamah untuk terus menulis okay.  Doakan juga supaya rezeki kita semua melimpah ruah dunia akhirat. InShaaAllah Amin. Terima kasih semua!

Usaha Tangga Kejayaan
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

8 Comments

Maria Firdz said…
Alhamdulillah... Tahniah...
Amir Azman said…
Tahniah lulus !

Saya ingat nak share sedikit pengalaman Adsense content website ni.

Mungkin dalam post yang akan datang.
Cik Ash said…
Alhamdulilah Tahniah CX.. selamat menabung adsense hihihi
Shida Radzuan said…
Tahniah cx..saya ni dh byk kali kena reject..hold dlu lh nk double cek..
Sue Izza said…
tahniahhhhh selamat berkarya di blog anda heheheh...
Nadia Johari said…
Tahniah cx.. Teruskan menulis
Sii Nurul said…
Alhamdulillah.. Tahniah..
Keep it up kak~
Rashid Salim said…
tahniah.... semoga terus sukses selalu dalam dunia blogging....