Tisu Basah Bayi HaYanBom Bebas Bahan Merbahaya dan Selamat Digunakan.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tisu Basah Bayi HaYanBom Bebas Bahan Merbahaya dan Selamat Digunakan|Hai semua, Siapa yang ada anak kecil? Baru melahirkan bayi? Haaa, sudah pasti kita para ibu memerlukan tisu basah untuk anak-anak. Penggunaan tisu basah sudah menjadi benda wajib dan bukannya perkara baru dikalangan para ibu.  Cx pon menggunakan tisu basah untuk kegunaan bersama seisi keluarga. Ada kepentingannya tisu basah ini kepada kehidupan seharian kita. Bukan hanya untuk bayi dan kanak-kanak sahaja. 


Sejak dah nak bersalin ini, Alhamdulillah rezeki anak dalam perut barangkali.  Cx jumpa dan mula kenal dengan satu produk yang diimport khas dari Korea dan ianya selamat digunakan iaitu Tisu Basah Bagi HaYanBom. Memang terbaik! Makluman korang, tisu basah HaYanBom terbahagi kepada tiga siri iaitu;



Biru Tua (Besar - 82 helai) : Paling tebal tisunya dan kuantiti kelembapan air adalah lebih, tisunya mempunyai tekstur yang lebih dalam, jadi ianya sangat sesuai dan mudah untuk kita gunakan bagi mengelap punggung bayi. Ini nanti cx tak sabar nak guna untuk anak cx yang bakal lahir !



Biru Muda (Sederhana - 72 helai) : Paling nipis dan kuantiti kelembapan airnya sedikit, ianya sesuai untuk mengelap mulut. Jika mulut terlalu lembab apabila dilap pon akan menyebabkan ketidakselesaan. Betul tak?

Merah Jambu (Kecil - 20 helai) : Ketebalan tisu adalah sederhana dan boleh digunakan untuk lap apa sahaja. Jadi, tisu basah merah jambu ini sangat sesuai untuk diusung kemana sahaja! Cx memang letak dalam beg anak. Mudah nak lap apa² kalau keluar berjalan.  Almaklum anak-anak kecilkan kalau makan dia punya meriah tu boleh dibayangkan. Hehe



Selalunya anak-anak suka main² dengan tisu basah macam ni.  Kadang² ada jenis tisu basah mempunyai bahan yang mungkin memberi kesan negatif kepada mereka lebih² lagi sejenis kulit sensitif.  Tapi dengan HaYanBom ini InShaaAllah  jangan risau sebab mereka menggunakan bahan selamat dan melalui ujian bebas toksik serta kulit sensitif.



Makanya, anak kecil kita akan rasa seronok dengan menggunakan HaYanBom ini dan sudah pasti warga mak² akan lebih tenang dan bahagia juga. Tak gitu mak²? HaYanBom juga cuba sebaiknya untuk minimumkan harga agar semua orang boleh dan mampu milik serta dapat menggunakannya dengan mudah dan harga murah untuk tisu basah yang diimport ini. InShaaAllah.


Tisu basah Bayi HaYanBom adalah terbaik yang mengambil kira tentang kesihatan bayi. Diimport dari Korea. Ianya selamat digunakan ke atas kulit bayi.  Sesuai juga untuk penggunaan tangan dan mulut. Paling best, ianya tidak melekit! Selesa sangat pakai! Memang sangat disyorkan! 

☑️ Bahan² Gred Makanan ☑️ Tiada Alkohol, Paraben dan Bebas Pewangi ☑️ Mempunyai GMP ☑️ 100% Air Bersih


Instagram: @corakiddo_hayanbom_malaysia

Sayangi dan Lindungi Anak Kita
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu




Post a Comment

18 Comments

Ziana Eunos said…
bagus tisu basah selamat untuk semua
FM said…
boleh cuba untuk anak pasni, kadang kadang tu ada jenis tisu basah yang ada bau tak menyenangkan..
Terima kasih kak sudi share perkara yang baharu ini. Semoga ia mendapat tempat di hati masyarakat di luar sana
Izaramli said…
Ok first time dengar brand ni and baru Iza tau sebenarnya ada beza kuantiti kelembapan dia. Selama ni tau sama je. Anyway good info. Iza pun patut cari jugakla.
sis gee said…
tisu basah memang keperluan tau wajib ada dalam handbag. boleh cuba brand ini pulak nanti. Nampak macam bagus kualitinya.
Fadima Mooneira said…
Yeah, I heard about this baby wipes before. It is good. Thank you for sharing this review.
First time dengar brand ni...not bad. suka tengok packaging dia simple tapi tetap menarik..nanti nak carilah untuk kegunaan my yara
Ann Noura said…
Wahh bagus sgtt ni utk bayi. Org kulit sensitif pun sesuaii sgt! Nice sharingg yaa nnt blh cari ni sis pun jenis kulit sensitif blh buat make up remover hehehe
I am Vee said…
Thanks for sharing! Will by this for my little daughter once our wet tissue is running out~Thanks for the great information.
Nadia Johari said…
Pergh tisu basah dari korea..jauh dia terbang..ehhee..memng elok pakai yang selamat untuk baby..kadang ada tisu basah buat baby allergik
RAIHANAH AHMAD said…
menarik ni. beli kat ne ya ada ni? memang mencari benda gini sekarang
Betul lah. Anak saya pun suka betul main dengan tisu basah. Kalau dapat, habis satu2 ditariknya. Ada ciri2 tisu basah yg selamat dan takde bahan yang tak diingini sgt bagus. Banyak ciri yg diorang ambik kira ye. Paling sy suka warna2 dia.
Aerill Hassan said…
terbaiklah! bolehlah saya hadiahkan pada kakak saya nnti. terima kasih berkongsi ya :)
Balqis Athirah said…
Mudah nak cuci kalau pakai tisu basah ni. Qiss pun suka guna dan mesti ada dalam beg. Packaging pun bagus sebab ada 3 jenis kan.. sesuailah dengan kegunaan seharian kita
SlumberLady said…
Bagusnya ada sampai tiga jenis untuk keadaan yg berbeza. Kalau biasa jumpa, beza pada banyak tak banyak tissue nya je. Menarik juga hanayom ni. Boleh cari nanti.
Tengkubutang said…
Comel je nama tissue ni.. hehe.. wah banyak stok tu untuk next baby.. hehehe.. TB pun antara pengguna tissue basah jugak..
mek yunie said…
dulu mek tak percaya yang tisu basah ni penting bila kita dah ada anak kecil. tapi bila dah ada anak ni baru tahu sejauh mana tisu basah ni penting.
Dakwat Pena said…
tak dinafikan...tisu basah sekrang ni satu keperluan yang mesti ada dalam handbag, dalam kereta, kt rumah, kt pejabat dan akan dibawa kemana sahaja....