Vits Makanan: Program CSR Vits Dekat Di Hati sebagai Tanda Terima Kasih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Vit's Makanan (KL) Sdn.Bhd sebuah syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara berperingkat menceburkan diri ke dalam industri mi segera - usaha yang memanfaatkan tradisi pembuatan mi turun-temurun. Mi mereka mendapat kepercayaan para naturalis kerana terpelihara dengan teknik semulajadi.  Fokus utama mereka adalah bagi menjimatkan masa ketika berada di dapur.  Makanya, Vits hadir dengan kelazatan, bernutrisi dan mudah disediakan. Cepat, berkhasiat dan sedap! 

Review Keenakan perisa ini boleh rujuk di Instagram cx okay. Tq!: @chazaxiaojie
Bukan setakat itu sahaja, Vits Makanan juga banyak melakukan aktiviti bermasyarakat tau. Makluman, pada 4 Oktober 2019 yang lalu  mereka telah mengadakan Program CSR: Vit Dekat Di Hati dekat Pusat Transit Gelandang Jalan Pahang. Ini adalah program CSR pertama dianjurkan dan  berobjektif; mendekatkan lagi dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan.


Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang merupakan inisiatif kerajaan membantu mereka yang memerlukan, dimana dikhaskan untuk penghuni lelaki dan boleh menampung sehingga 250 orang pada satu masa. Pusat ini dikelola oleh En.Baharin dan diselia oleh En. Izzul Haziq Pengarah Zon Tengah  Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Pusat ini menyediakan tempat penginapan, kaunseling, bilik sakit, tempat menyimpan barang peribadi dan unit bilik mandi.



Pengarah Pembangunan  Perniagaan   Vit’s,  Encik Lai Yaeh Tat telah menyampaikan sumbangan waima ianya kecil tetapi diharapkan dapat memberi sinar baru kepada penghuni di sini agar mereka terus merasakan bahawa masih ada insan yang prihatin kepada mereka.
“Alhamdulilah dengan bantuan ini, kami harap dapat diteruskan agar mampu memberi semangat  kepada penghuni di Pusat Transit ini” ulas En Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia."

Inisiatif “Vits Dekat Di hati”  ini adalah tanda terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vit’s sepanjang 45 tahun semenjak penubuhannya. Produk Vit’s mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lalu kini dipelopori oleh generasi kedua. Semenjak 1975 lagi Vit’s telah banyak membantu pelbagai lapisan keluarga terutama keluarga besar dengan menyediakan sajian mee kering dan sihat, mudah disediakan serta mampu milik serendah RM0.50 sekeping.  Pihak  Vit’s juga telah merancang agar program sebegini dapat diteruskan.

“Kami berharap agar Vit’s dapat membantu lebih ramai lagi keluarga dengan menyajikan menu makanan yang berkhasiat dan dapat menerajui industri makanan Malaysia dengan lebih maju dan terus  menjadi pelopor jenama mee segera di Malaysia’. Jelas En Lai Yaeh Tat lagi.


Sebarang   infomasi   serta   maklumat   mengenai   Vits,   sila   hubungi   603   6093   3999   atau baizura@vit.com.my / Bahagian Pemasaran Puan Baizura atau layari pautan di bawah:


Instagram, twitter, Youtube: VitsNoodle 

Pilihlah Makanan Bernutrisi
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

15 Comments

Rupanya sudah lama bertapak di Malaysia ya. Jika di Kedah rasanya tidak ada lagi. Kemungkinan tidak dapat sambutan dari masyarakat setempat.
sis gee said…
Bagusnya produk yang buat csr macam ni. kita nak membeli pun yakin je.
Sangat lama dah ye rupanya jenama ni. Tahun 1975 lagi. Saya pun belum lahir lagi. Tapi tak sepopular jenama lain. Pasni nak kena support mi segera Vits la pulak. Banyak amalan kebajikan dia. Memang terbaik.
cc kak fas said…
Satu produk yang saya belum cuba tetapi akan mencarinya sebab ramai yg dah rekomen kan?
dr-Life said…
Wahhh.. this is one very good care event and really should encourage more people doing this!!
mek yunie said…
Macam sedap pulak tengok vits ni. Jujurnya kalau vits tak menjadi pilihan mek. Tapi bila tengok vits ada bihun segera dalam cup, mek tertarik pula nak mencuba. Harap vits dapat lebarkan sayapnya lagi untuk mendatang.
UMMI YUSUF said…
salam singgah dari saya n done follow
UMMI YUSUF said…
salam singgah dari saya..
done follow
Mimie said…
First time dengar pasal jenama Vit's ni. Nampak sedap. Nanti bolehlah try Vit's ni kan. Yang penting ia halal
Fadzi Razak said…
Bagus diaorang buat macam ni. Kalau ada masa dan kudrat, Fadzi sendiri nak join benda benda macam ni sebab nak kenal golongan macam ni and nak tau Kenapa diaorang jadi macam ni. And lagi satu Fadzi nak sama sama cuba bantu dieorang untuk naikkan taraf hidup dieorang
Hanny Abdullh said…
Pernah jugak beli produk Vit's ni..not bad jugaklah rasa dia.
Bagus ya diorg buat prog csr ni..sekurangnya membantu org yg memerlukan
Aerill Hassan said…
alhamdulillah, salah satu aktiviti csr yg baik. first time juga saya tau tentang jenama ni. rupanya dah lama bertapak di malaysia :)
Mahamahu said…
Lama tak dengar pasal produk VIT's ini heheheh kita pun tak tahu mereka ada program CSR macam ni bagus lah moga banyak lagi syarikat yang buat macam ni juga nanti...
precious cla said…
Rupanya dah lama wujud dalam negara ni cuma, kat negeri saya memang tidak ada atau saya yang tak pernah jumpa hehe. Nice !
RAIHANAH AHMAD said…
Tahniah Vits. bagus macam ni banyak company anjurkan program csr macam ni supaya dapat bantu lebih ramai orang yang memerlukan