بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Vit's Makanan (KL) Sdn.Bhd sebuah syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara berperingkat menceburkan diri ke dalam industri mi segera - usaha yang memanfaatkan tradisi pembuatan mi turun-temurun. Mi mereka mendapat kepercayaan para naturalis kerana terpelihara dengan teknik semulajadi. Fokus utama mereka adalah bagi menjimatkan masa ketika berada di dapur. Makanya, Vits hadir dengan kelazatan, bernutrisi dan mudah disediakan. Cepat, berkhasiat dan sedap!
Review Keenakan perisa ini boleh rujuk di Instagram cx okay. Tq!: @chazaxiaojie |
Bukan setakat itu sahaja, Vits Makanan juga banyak melakukan aktiviti bermasyarakat tau. Makluman, pada 4 Oktober 2019 yang lalu mereka telah mengadakan Program CSR: Vit Dekat Di Hati dekat Pusat Transit Gelandang Jalan Pahang. Ini adalah program CSR pertama dianjurkan dan berobjektif; mendekatkan lagi dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan.
Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang merupakan inisiatif kerajaan membantu mereka yang memerlukan, dimana dikhaskan untuk penghuni lelaki dan boleh menampung sehingga 250 orang pada satu masa. Pusat ini dikelola oleh En.Baharin dan diselia oleh En. Izzul Haziq Pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Pusat ini menyediakan tempat penginapan, kaunseling, bilik sakit, tempat menyimpan barang peribadi dan unit bilik mandi.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Vit’s, Encik Lai Yaeh Tat telah menyampaikan sumbangan waima ianya kecil tetapi diharapkan dapat memberi sinar baru kepada penghuni di sini agar mereka terus merasakan bahawa masih ada insan yang prihatin kepada mereka.
“Alhamdulilah dengan bantuan ini, kami harap dapat diteruskan agar mampu memberi semangat kepada penghuni di Pusat Transit ini” ulas En Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia."
Inisiatif “Vits Dekat Di hati” ini adalah tanda terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vit’s sepanjang 45 tahun semenjak penubuhannya. Produk Vit’s mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lalu kini dipelopori oleh generasi kedua. Semenjak 1975 lagi Vit’s telah banyak membantu pelbagai lapisan keluarga terutama keluarga besar dengan menyediakan sajian mee kering dan sihat, mudah disediakan serta mampu milik serendah RM0.50 sekeping. Pihak Vit’s juga telah merancang agar program sebegini dapat diteruskan.
“Kami berharap agar Vit’s dapat membantu lebih ramai lagi keluarga dengan menyajikan menu makanan yang berkhasiat dan dapat menerajui industri makanan Malaysia dengan lebih maju dan terus menjadi pelopor jenama mee segera di Malaysia’. Jelas En Lai Yaeh Tat lagi.
Sebarang infomasi serta maklumat mengenai Vits, sila hubungi 603 6093 3999 atau baizura@vit.com.my / Bahagian Pemasaran Puan Baizura atau layari pautan di bawah:
Website: www.vitsnoodles.com
Facebook: https://www.facebook.com/vitsnoodles
Instagram, twitter, Youtube: VitsNoodle
Pilihlah Makanan Bernutrisi
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
15 Comments
done follow
Bagus ya diorg buat prog csr ni..sekurangnya membantu org yg memerlukan