Pelancaran MBH Skin Expert Sg.Udang Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Haritu cx berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Majlis Pelancaran MBH Skin Expert di Sungai Udang Melaka.  Ini merupakan cawangan ke-2 di Melaka sealain di Ayer Keroh dan ianya merupakan cawangan ke-25 di seluruh Malaysia. Tahniah cz ucapkan buat MBH Skin Expert! 

MBH Medispa dikenali sebagai salah satu pusat rawatan kecantikan bumiputera terkemuka di Malaysia yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam industri spa dan estetik. Puan Yaya Mohamad merupakan penanung MBH Medispa yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah.  2010, Puan Yaya mengembangkan perniagaan beliau dengan membuka premis pertama di Kajang Selangor. Menumpukan kepada aspek rawatan kecantikan wajah dengan penggunaan mesin moden dan produk halal.

MBH; singkatan kepada Maya Beauty House dan Medispa; gabungan perkataan 'Medical' dan 'Spa'. Tahun 2008 didaftarkan di bawah naungan MOHA GROUP SDN BHD. 

☑️ Slogan; Beauty in Loving Hands
☑️ Konsep Mesra Pelanggan

☑️ Rawatan Insentif; Merawat Kulit Lebih Terperinci

☑️ Puan Yaya mendapatkan pendidikan tambahan di Institut Aesthetics Perubatan di Jakarta demi perkhidmatan yang lebih baik.

☑️ Sentiasa memberikan rawatan wajah "up-to-date" dan berkesan dengan gabungan sukatan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)


MBH Medispa dijenamakan semula sebagai MBH Skin Expert.  Mempunyai rangkaian pusat rawatan rambut (MBH Haircare) dan Pusat rawatan pelangsingan badan (MBH Body Theory)

 1.0 MBH SKIN EXPERT
Rawatan kulit wajah dimulakan dengan pelanggan menjalani sesi perundingan bersama pakar dan sesi analisa kulit wajah menggunakan mesin khas. Proses ini penting bagi mengenalpasti masalah kulit pelanggan mengikut peratusan tahap serius sesuatu masalah kulit.  Rawatan yang dicadangkan pakar disesuaikan mengikut analisa wajah.

Sesi Analisa Kulit: Merawat Kulit; Kulit berminyak, kulit kering, parut jerawat dan berlubang, kulit nipis dan sensitif, jeragat

Sesi rundingan bersama pakar semasa menganalisa kulit dalam proses pertama sebelum rawatan dimulakan. 
Kulit Wajah pelanggan akan discan terlebih dahulu bagi mengetahui jenis dan tahap masalah yang dihadapi.

Peralatan mesin yang digunakan untuk rawatan kulit wajah. The Marpen adalah rawatan paling popular dan menjadi pilihan.  MBH skin expert juga menggunakan steamer untuk melembutkan wajah sebelum proses selanjutkan dijalankan. 

Mesin LED untuk masalah tertentu. Ikut masalah kulit. Contohnya acne akan guna warna hijau led.
Manakala PRP adalah untuk proses seumpama botox (Vampire) 

Dermaklair: Produk Asas MBH Skin Expert
Yakinnya seseorang apabila mempunyai kulit yang sihat dan cantik.  Siapa taknak kulit cantik dan sihatkan? Kini MBH telah mengeluarkan satu produk kulit diberi nama DERMAKLAIR; dengan pengalaman ahli kimia mereka yang berpengalaman, MBH sentiasa membuat penyelidikan dan meningkatkan formulasi bahan semulajadi demi input terbaik. MBH telah menggunakan Dermaklair sebagai produk asas di 20 cawangan spa kecantikan mereka seluruh Malaysia sejak 2016.

Dermaklair: Dikenali sebelumnya sebagai MBH DERMACARE. Dermaklair dijenamakan semula dan merupakan produk penjagaan kulit semulajadi berasaskan bahan semulajadi untuk memperbaiki masalah kulit; kusam, jerawat, parut, pigmentasi, penuaan, dan nada kulit tidak sekata tidak kira jantina. 

Produk Dermaklair disatukan dalam set mengikut jenis dan masalah kulit.  Kebiasaannya produk ini akan dicadangkan oleh pakar kulit kepada pelanggan selepas membuat rawatan kulit bagi menjaga proses kulit di wajah dengan baik.

2.0 MBH BODY THEORY
MBH Body Theory menyediakan servis rawatan pelangsingan badan dengan memberikan rawatan insentif untuk merawat masalah berat badan yang lebih terperinci seperti selulit, berat badan berlebihan dan sebagainya. Berbekalkan pengalaman selama satu tahun dalam industri pelangsingan badan, MBH Body Theory kini dikenali sebagai salah satu daripada pusat rawatan pelangsingan bumiputera yang terkemuka di Malaysia.

3.0 MBH HAIRCARE
Menggunakan slogan "Your Hair We Care", MBH menekankan konsep mesra pelanggan dengan memberikan rawatan insentif selain rawatan rambut, ianya untuk merawat masalh rambut yang lebig terperinci seperti parut gugur, kelemumur, kering dan sebagainya. Berbekalkan pengalaman selama dua tahun dalam industri rawatan rambut dan estetik  MBH Haircare kini dikenali  sebagai salah satu daripada pusat rawatan rambut bumiputera yang terkemuka di Malaysia.

Team #BloggerMelaka di MBH SKIN EXPERT Sg.Udang
Korang kalau nak cantikkan diri, bolehlah terus ke MBH Skin Expert ni. Orang Melaka jangan lupa singgah sini okay. Memang berbaloi! Untuk nampak lawa, I pergi MBH #IPergiMBH

Website: 

Facebook Page:

Instagram:

#IPergiMBH
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

1 Comments

Fiza Aizzawa said…
Makin banyak cawangan MBH.. Tahniah MBH Skin Expert.. Done follow CX juga..