3-Minute Halal Instant Pasta Ready To Eat Meal in Malaysia by Master Pasto

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

[3-MINUTE HALAL INSTANT PASTA READY  TO EAT MEAL IN MALAYSIA BY MASTER PASTO]

Siapa peminat pasta? Angkat tangan sikit. Okay kita serupa! Jika dulu cx memang tak pernah nak makan pasta tau. Tapi selalu tengok orang makan macam sedap sahaja. Jadinya, cx belajar makan.  Itupon cx cari orang yang betul-betul biasa makan dan reti masak sebab taknak nanti masa awal perkenalan dengan tekak tu, ianya jadi kenangan pahit. Haha. Makanya Alhamdulillah semenjak itu, cx menjadi seorang pencinta pasta. Tapi taklah always craving 24/7. Tekak masih lagi citarasa lauk-lauk kampung ulam segala daun. Hihi. Tapi Alhamdulillah, pasta juga makanan kegemaran cx. Kalau makan, tak bertambah memang tak sah tau! Boleh pulun tiga pinggan terus. Halaah halaah halaah, dia seorang sahaja dok bagi perabis! 


Nak masak pasta ni memang makan masa sikit. Nak kena rebus dulu pastanya lebih kurang 6-10 minit supaya masak lembut. Kemudian nak buat sos dia lagi dah makan masa. Bahan-bahan pon boleh tahan nak kena sediakan. Betul tak? Nak kena ada bawang merah, bawang putih, sos cili dan tomato, cili mesin, ayam, daging, brokoli segalanya kan? Complicated juga.  Tapi sekarang ni, takyah nak renyah-renyah dekat dapur tu lagi, meh cx nak kenalkan kepada semua; dengan hanya tiga minit sahaja, anda boleh menikmati pasta kegemaran tanpa perlu menunggu dan kelaparan. Ini serius! Hanya memerlukan tiga minit sahaja. Mudah sangat! 

Pasta 3-minit Master Pasto ini merupakan keluaran Lioco Food Industries Sdn Bhd. Pulau Pinang Malaysia. Ia semestinya halal, tiada campuran MSG atau bahan pengawet.  Jangan risau okay. Selamat untuk dimakan. InShaaAllah.   Okay jom cx kongsikan cara memasaknya. Mudah sangat. Ada dua pilihan diberi. Boleh guna mikrowave ataupon secara rebusan. 

Cara Penyediaan Pasta


Jika di rumah ada microwave, lagi mudah dan cepat. Hanya perlu keluarkan spaghetti dan sos daripada peknya ke dalam pinggan dan hanya perlu panaskan dalam microwave selama satu minit. Siap untuk dihidang dan selamat menjamu selera! 

Kalau tiada microwave macam cx ni, jangan risau, kita boleh sahaja guna cara merebus. Buka sahaja kotak, ambil paket pasta dan sos, masukkan sahaja terus ke dalam air mendidih. Biarkan masak selama tiga minit. Kemudian, siap untuk dihidang! Packaging spaghetti segera ini menggunakan flexy packy dimana peknya selamat dan boleh dipercayai walaupun direbus dengan suhu yang tinggi.


Master Pasto ini sangatlah sesuai kalau nak pergi travel, boleh bawa. Mudah dah kerja kalau susah sangat nak jumpa makanan halal di luar negara. Jimat, ringan dan cepat. Gerenti sedap dan puas hati. Kalau kita tak sempat nak masak sebab kerjaya ataupun sibuk dengan assignment belajar, elok sangat pilih Master Pasto ini untuk dibuat bekalan. 

Terdapat tiga sekawan untuk set yang ada pada cx ini iaitu Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognese dan Spaghetti Aglio Olio. Ketiga-tiga spaghetti ini berasaskan ayam. Cx dah rasa Spaghetti Bolognese. Rasanya sedap! Dah macam masak sendiri pula, sedangkan instant pasta. Memang terbaik! Tak rugi beli, berbaloi-baloi. Tak sabar pula nak rasa lagi dua spaghetti. Nyum! 



Mana nak dapatkan Instant Pasta Master Pasto ni? Mudah sahaja sesaiyang semua. Meh sini cx senaraikan link untuk rujukan dan pembelian ya. Jangan sedih tau. Tekan sahaja link di bawah untuk maklumat lanjut. Selamat membeli dan mencuba! 

Website:

Instagram: 

Facebook: 

Hidangan Mudah dan Sedap
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

29 Comments

PeRdU cINta said…
Menarik ni. Boleh cuba.
Cik Nor said…
sdap u oulls..i mkn xckup 1..haha
CXopportunities said…
Ya memang menarik. Nanti cuba tau!
CXopportunities said…
Ha ha ha. Makan lagi dan lagi
Keyk Hu said…
Senangnya. Tp dekat tempat saya mcm belum ada la.
Syamimi Saad said…
Kalau tahap dah malas masak, pastu tak tahu nak makan apa, boleh la makan pasta gini kan. Atau balik berjalan, perut dah minta diisi, standby je pasta ni kat rumah.
Memudahkan kerja.
Nanti nak beli la juga.
el said…
mcm ni nak jugak buat stok kat rumah..if xde masa nak masak untuk family..senang je ada instant pasta ni..lgpun nak bw travel pun senang..dah lah kami ni semua hantu pasta hihi
Murni Alysa said…
Murni dah cuba haritu. Punya laa teringin sebab ramai duk viralkan. Murni suka spaghetti bolognese dia secukup rasa..
Slumber Lady said…
Wah. Boleh buat stok ni. Senang dan cepat.
so good to try them all yeah, looks yummy to eat. I saw these selling at Giant usj. I no buy that day as hurry shopping for other groceries in list. My kids also like eat pasta, esp my eldest son.
Kayathre said…
I am not a fan of spaghetti or pasta. But since it is so easy, why not. Will give a try!
Fadzi Razak said…
Husband dengan anak memang suke betul makan pasta. Biasa weekend memang fadzi masak pasta je sebab nak cepat. weekend kan hari spend time dengan family. kalau boleh tak nak lama lama sangat kat dapur. kalau dah ada instant pasta ni lagi la suke fadzi
Zharif Azis said…
Wahhhh baguslah produk segera mcm nie. Sangat sesuai utk mereka yg sibuk, yg mempunyai jadual yg padat, atau pon pelajar di kolej. Cara penyediaan yg pantas dan senang. Tambah2 pasta nie mmg menu feveret, boleh buat stok banyak2 nie kat kolej
Senangnya kalau dah ada instan yang macam ni.. nak makan just masak terus sebab dah ada bahan-bahan dia sekali, nak cari lah nanti he he he
Julia Mahir said…
Wahhh ini mmg sgt memudahkan. Btl la kalau nak bwk travel mmg senang sgt kan. cepat pulaj tu nak sediakan.
Bonda Chanteq said…
Sekarang ni semuanya dh instant...jgn ckp xde masa lagi dh skrg ni...dh jimat masa bnyak sgt dh...boleh cuba instant pasta ni nanti...
Mek Onie said…
Wahhhhhhh! Bagussnya! kita suka la benda-benda gini. My family also suka makanan terutama spaghetti, makaroni . Nanti nak belilah,hehe
Syiera Firdaus said…
Fuyohhh mudahnya nak makan pasta sekarang. Semudah ABC je. Mudah untuk travel. Tak perlu susah2 nak masak. Nanti nak beli kalau nak travel
Bagusnya produk ni yang paling pebting ianya halal. Senang nak bawa gi travel mana2 juga hehe
Hanny Abdullh said…
Anak sis memang minat sgt dengan pasta. Kalau suh pilih nasi n pasta dia akan ambik pasta dulu. Selalu gak buat utk dia..tapi kdg2 malas..hehehe.
Bolehlah nanti cuba yg instant ni..cepat n senang nk bagi dia bila time mak dia malas
irrayyan said…
Guna pressure cooker boleh la masak pasta cepat sikit. Tapi nampaknya yang segera ni lagi cepat..hehe..lagi cepat boleh makan..
simple and easy to prepare the meal for family. MR and MH loves to eat pasta. Will check it out.
Lia Hasty said…
Kita peminat pasta juga sebab senang nak prepare. wow mudahnya pasta instant ni nak prepare pun cepat.
thanks for sharing this simple easy idea, gonna learn this up for my own, cheers, siennylovesdrawing
Ciktie said…
Simple betul.. boleh cuba ni
Syafiera Yamin said…
wow sangat instant betul ! senang dan mudah, nampaknya nak kena check out ni sebab bulan March nantI i NAK Ke pangkor resort laut bolehlah bawa ni kalau lapar- lapar waktu malam... ugh senang dan mudah dan nampak mengenyangkan..
terimakasih informasinya , sangat bermnafaat untuk saya yang selalu mencari makanan halal instan untuk travelinf
Anonymous said…
I got what you mean,saved to fav, very nice website.
Anonymous said…
I saw a lot of website but I believe this one contains something special in it.