Cara Semak Status Perjalanan ke Luar Negara

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cara Semak Status Perjalanan ke Luar Negara

Hai korang,  dah lama rupanya CX tak update blog ya.  Niat dihati memang nak buat entry tetapi lain pula yang jadi.  Akhirnya tak jadilah buka laptop dan update blog sendiri.  Padahal bukan sibuk sangat pon.  Mengulau sahaja lebih.  Okaylah, hari ini sebenarnya CX nak kongsikan dengan korang cara macam mana nak semak status perjalanan ke luar negara.  CX rasa dah ramai yang kongsi dan update pasal cara semak status perjalanan ke luar negara ini.  Tetapi, CX sengaja nak kongsi juga dengan korang dalam entry kali ini.  Almaklum, mungkin asbab CX update hari ini, mungkin dapat membantu orang lain untuk lebih tahu atau baru tahu? InShaaAllah Husnudzon. Kita fikir positif untuk mendapat semula aura positif tersebut. 


cara semak status perjalanan ke luar negara

Macam Mana Nak Semak ?


Nak semak status perjalanan ke luar negara ini mudah sahaja ya korang.  Tidak rumit pon sebab ianya atas talian.  Tidak memerlukan sebarang borang untuk diisi.  Tambahan tidak perlu tunggu lama dan beratur menanti giliran nama dipanggil.  Korang hanya perlukan beberapa perkara dan langkah mudah sahaja.  Apa yang korang perlu?


  1. Buka search engine : example Google
  2. Cari link ini atau tekan sini : http://sspi2.imi.gov.my/
  3. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan 
  4. Keputusan Keluar


Mudahkan? Korang tak perlu bersesak dan tunggu lama semata-mata nak cek status perjalanan ke luar negara.  Hanya memerlukan telefon pintar atau komputer, internet dan nombor kad pengenalan.  Cukup!  Tak perlu nak runsing isi borang yang banyak sangat bahagian nak kena tulis.  Kalau tak ada passport macam CX, lagi mudah Cepat sungguh keputusan dia keluar ya.  Tak sampai pon sesaat.  Itupon jika talian internet korang okaylah.  Okay, sekarang dah tahu cara macam mana nak semak status perjalanan ke luar negara? Pergi cek sekarang! 


cara semak status perjalanan ke luar negara

semoga sihat selalu!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

4 Comments

Scha Nazri said…
Tiada halangan juga! hehehe
Unknown said…
mun dh kenak senarai ccris blacklist nama. x dpt lepas imigresen

lamak x mkn angin, last melancong bulan mac thn lepas. kumpul duit lok
naomei said…
Eh cik akak sik ada juak pasport tok..molah lok..hahaha..alu juak.kinek2 mok molah tek.nak...
eheheh terus CT pi cek.. nak jugak tahu..