Kereta Manual atau Auto Menjadi Pilihan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam sejahtera semua! Pejam celik dah nak rayakan? Korang dah buat pesiapan belum? Haa, jangan lambat-lambat, nanti ada sahaja yang tidak lengkap di pagi raya pulakan? :) Semoga dipermudahkan ya semua. Entry kali ini cx nak sentuh tentang kereta. Siapa yang sudah ada lesen, pasti tahu apakah yang menjadi titik tolak sebagai pemandu. 

Cx dapat lesen P pada 08 September 2010 dengan disebabkan kedegilan cx untuk ambil juga lesen walaupun arwah abah tak bagi. Iyalahkan, anak perempuan seorang, mesti nak jaga 100%. hehe.  Tapi Alhamdulillah abah izinkan jua akhirnya, sebagai bukti, abah langsaikan baki tertunggak bayaran ketika itu. Terima kasih abah :) Korang  macam mana? Okay, seperti yang kita ketahui semua orang akan belajar menggunakan kereta manual, memerlukan kepekaan yang tinggi supaya tidak berlaku sebarang ketidakingingan.

credit to ericpetersautos dan carraplace

Cx dapat lesen pada tahun 2010, kemudian arwah abah memang tak pernah nak bagi keizinan untuk cx bawa kereta. Haha! Makanya sehingga memakan masa setahun setengah iaitu pada tahun 2012.  Arwah Abah mula sakit ketika itu. Cx tekad belajar bawa kereta namun, kereta arwah abah merupakan auto gear. Makanya dalam masa sehari, cx dah boleh bawa kereta ke bandar. Auto is easy kan? haha kerek! okay tak! Alhamdulillah cx dapat izin arwah abah. Cx ingat lagi arwah abah masa itu cakap, 'Nanti nak suruh akak belajar bawa kereta balik' .. Allah. Sayu pula hati tiba-tiba.  Semoga tenang abah di sana. Amin.

Menjadi satu ketakutan yang normal apabila sudah lama tidak bawa manual gear. Siapa cakap tak takut? Jangan tipu! Melainkan korang dah dapat lesen dan terus ada kereta. Huhu. Cx tak pernah lupa macam mana nak masuk gear manual, cuma yang menjadi ketakutan adalah ketika naik bukit dan permulaan gear satu. Takut mati enjin oii! Haha! Tapi Alhamdulillah around bulan lima 2014 kot, cx bawa manual semula. Syukur Alhamdulillah. Credit to Mr.Husband. *Beliau sibuk suruh cx up nama beliau dalam blog ini tau. Tapi memang taklah. Haha! Terima kasih abang, suamiku dunia akhirat! :) 

Uish ada lagi nak cakap ni! Belum habis! haha. Okay, bawa manual semula menggunakan kancil adalah tidak kekok langsung. Yalah, dulu belajar pun pakai kancilkan? So, no wonderlah. First try, terus  bawa kereta balik rumah uols! Masuk AMJ okay.  Haha lorat! Boooo! Kemudian, apabila dekat rumah, cx terpaksa bawa honda yang ber'cc'kan 1.8. Haa, cc kereta dah berbeza, percubaan pertama, bukan main asyik mati enjin. Haha. Drive siap tersengguk-sengguk honda macam tompok-tompok tahi unta. Haha! Tapi berkat usaha dan ketabahan *aicewah, Alhamdulillah. Dah boleh bawa seperti biasa. Syukur sangat. :) Okaylah, korang pula pengalaman bagaimana? :)

Syukur Alhamdulillah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

10 Comments

ary_lee said…
Thumbs up for successfully driving again! Hahaha!
i vote 4 auto! he3.. sbb ilmu manual dah ke laut sgt..! xberape confident dah. hu3..
Unknown said…
saya boleh drive dua2 tapi prefer auto sbb mmg sng especially time jammed huhuhu
amanina nasuha said…
WAAA...DRIVE ELOK2 YER NNTI..SY SUKA AuTO ..JEHEHHEH
Cik Rose said…
tak pandai drive.. hati2 memandu :)
Mime MF said…
sy prefer auto..kalau manual pernah kereta mati kat trafic light..gelabah! serik dah...
Mar Mansor said…
saya pemandu kereta manual setiap ari..sesekali je bawak auto kalo kat kg (kete abah)
Mimie said…
sy prefer manual
Mimie said…
sy prefer manual
NUARAHMAN said…
Prefer manual.
Tapi sampai sekarang bila dekat bukit perasaan takut kereta ke belakang tu sentiasa ada. HAHAHA