بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Wajah Mayat Dalam Kubur
Mati, sinonimya ia dirujuk kepada keadaan di mana seseorang manusia itu hilang kehidupan dan fungsi biologis tubuhnya yang berhenti sepenuhnya. Kematian yang boleh terjadi secara tiba-tiba akibat daripada kemalangan atau penyakit yang kritikal. Boleh juga terjadi secara berperingkat akibat penuaan atau keadaan sakit yang kronik.
Apabila kita meninggal nanti, segala organ badan akan berhenti berfungsi dan akan terjadinya perubahan terhadap sel-sel. Mengikut kepada perubatan, kematian disahkan apabila tidak lagi ada denyutan jantung berlaku.
Kematian Adalah Sebahagian Kehidupan
Kematian adalah bahagaian alami daripada kehidupan kita. Tetapi ianya adalah satu keadaan tidak seronok lagi-lagi untuk mereka yang ditinggalkan. Berikut adalah wajah mayat di dalam kubur yang tidak terbayangkan dek akal fikiran kita. Wallahua'lam.
- Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah
- Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.
Wajah Mayat Dalam Kubur |
- Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
- Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
- Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang
- Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'
- Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
Amalan Peneman Akhirat
Sungguh cx takut akan mati sebab kita tahu amalan kita sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah usia kehidupan kita sekarang. Cx harap sangat agar kita semua mati dalam khusnul khotimah. InshaaAllah amin.
bertaubatlah selagi masa itu ada
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"
0 Comments