12 Barisan Di Akhirat Siri 3
Ini adalah siri terakhir untuk barisan di akhirat kelak. Cx harap sedikit sebanyak mampu memberikan kita kesedaran dan peringatan bahawa azab Allah itu benar. Semoga kita tergolong dalam golongan yang diampuni dan diterima segala amal ibadah ketika di dunia. Amin.
Barisan Di Akhirat Siri 3 |
Barisan ke-9
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
Barisan ke-10
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
Barisan ke-11
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
Barisan di akhirat siri 3 |
Barisan ke-12
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam
Hidup Kita Hanya Pinjaman Sementara
Ya! Ini hakikatnya. Hidup kita hanya pinjaman sementara di dunia ini. Kita nampak indah dah dunia yang sedia ada tetapi sebenarnya syurga lagi hebat! Namun, kita hanya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita lupa, kita alpa dan kita leka. Mudah-mudahan Allah pelihara dan lindungi kita dan keluarga semua daripada perkara yang tidak baik. Amin
0 Comments