بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Drama Kau Sundaeku Inisiatif McDonald's Dalam Mengekalkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan Belia
Dewasa ini, kita semua lebih terdedah dengan media sosial dalam menjalani kehidupan seharian. Seiring dengan popularnya penggunaan media sosial, McDonald's mengambil inisiatif inovatif dalam mendekati golongan belia yang sedang mencari pekerjaan. Pendekatan ini lebih mudah bagi memperkenalkan pelbagai kerjaya yang boleh diterokai belia dalam syarikat tersebut.
Lagipun, McDonald's Malaysia sendiri mahu semai minat dan galakkan belia untuk memohon pekerjaan bagi mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald's. Jadi, terlahirlah satu siri drama mini sembilan episod bertajuk "Kau Sundaeku". Keputusan ini adalah untuk menyelami kehidupan anak-anak muda pada hari ini.
Drama "Kau Sundaeku" Inisiatif McDonald's Dalam Mengekalkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan Belia |
Mini Drama "Kau Sundaeku" McDonald's
Mini Drama "Kau Sundaeku" mula bersiaran pada 21 Disember 2022 di Instagram Reels selama seminit bagi setiap episod. Menampilkan Rasyiqah Jihan, Zafira Natasya Yong, Adam Aliff Tay dan Subhasree Uiaramuthu. Berkisahkan tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berlainan menemui 'rumah' mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald's.
"Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi." Jelas Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia
Pencapaian Terbaik Mcdonald's
Cx juga sangat bangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh McDonald's selama ini. Ini turut membuktikan bahawa McDonald's layak diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia dengan konsistensi yang dicapai.
- Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
- Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric,
- Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) 2014 hingga 2018.
- Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) tahun 2015
- Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013,
Program Latihan McDonald's Sebagai Persiapan Untuk Belia
Cx rasa teruja bila McDonald's menyediakan program latihan untuk golongan belia. Katanya sebagai satu persiapan belia untuk tempuh kerjaya dalam bidang makanan dan minuman. Contohnya, Program Perantis Vokasioanal McDonald's, merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran serta 30 peratus pelajaran teori di dalam kelas.
Program latihan ini telah membantu lebih 3,500 belia sejak 2018 lagi. Kejayaan ini adalah kerjasama antara McDonald's Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
"Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang." kata Melati
Paling menarik, McDonald's tawar 50,000 peluang kerjaya, 15,000 perantis barudi bawah Program Perantis Vokasional menjelang 2026. Sebanyak RM1.3 bilion dilaburkan bagi menjayakan visi ini.
Latarbelakang McDonald's
McDonald's adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan jumlah pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. McDonald's memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran seluruh negara sepanjang 40 tahun McDonald's di Malaysia.
McDonald's juga mempunyai lebih 14,00 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangungan. Maklumat lanjut, korang boleh layari www.mcdonalds.com.my
0 Comments