Koleksi Sylvanian Families Toys

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Koleksi Sylvanian Families Toys

Cx yakin korang semua tahu bila sebut tentang Sylvanian Families Toys.  Betul tak?  Kalau korang belum pasti, meh cx cerita sikit.  Sylvanian Families adalah rangkaian watak haiwan yang menarik dan comel.  Sylvanian Families terkenal dengan koleksi rumahnya, perabot dan aksesori menawan serta cantik.  Bukan takat anak-anak sahaja yang suka, mak bapa budak pon join sekaki.  

Manakan tidaknya, comel sangat pon kan? Cx dah lah suka benda-benda comel macam ini.  Memang menjadi koleksi jugalah kan.  Jom cx cerita lebih terperinci sikit okay.  Termasuk koleksi Sylvanian Families Toys yang cx ada iaitu Sylvanian Families Red Roof Starter House dan Walnut Squirrel Family.

Sylvanian Families Toys
Koleksi Sylvanian Families Toys 


Apakah Itu Sylvanian Families? 

Sejak tahun 1985, Sylvanian Families telah diterima dan disayangi oleh ramai orang di seluruh pelusuk dunia.  Sylvanian Families adalah rangkaian mainan nostalgia yang menarik.  Ianya mampu menarik minat orang dalam pelbagai peringkat usia.  Sebagaimana kita sedia maklum, Sylvanian Families mempunyai tiga konsep asas mereka.  Ianya adalah berdasarkan tiga konsep iaitu alam semulajadi, keluarga dan cinta.  

Melalui Sylvanian Families Toys, anak-anak kita boleh meneroka lebih meluas lagi dengan kuasa imaginasi mereka sendiri.  Lagipun bila anak-anak berimaginasi, ia dapat membantu perkembangan otak mereka dalam berfikir.  Anak-anak kita  juga boleh belajar untuk atau tahu mengambil berat dan berkongsi antara satu sama lain.  Di sini, Sylvanian Families juga membantu menerapkan nilai-nilai baik sebagai seorang manusia.  Sylvanian Families turut membantu anak-anak memperoleh kemahiran sosial yang penting dalam kehidupan. 

Sylvanian Families Red Roof Starter House

Sylvanian Families Red Roof Starter House adalah set yang disyorkan untuk korang yang baru pertama kali beli Sylvanian Families Toys.  Set Sylvanian Families Red Roof Starter House mempunyai kelengkapan sebuah rumah, sebuah anak patung gadis arnab coklat dan perabot asas.  Jadi, anak-anak boleh fokus untuk bermain dengan set ini sahaja.  

Lagipun, anak-anak banyak akal diorang untuk menggayakan permainan mereka.  Betul tak? Boleh jadi anak-anak boleh imaginasikan keadaan sedang membakar pai epal tetapi malangnya hangus dan terbakar pula.  Jadi mereka akan segera bertindak mengambil air untuk memadamkannya.  Cx bagi contoh saja, kengkononnya cx masih anak-anak kecil hehe.

Sylvanian Families Toys
Koleksi Sylvanian Families Toys 

Set Sylvanian Families Red Roof Starter House ini mengandungi seekor gadis arnab coklat yang lahir pada 3hb Oktober dan hobinya adalah melukis.  Set ini mempunyai rumah berbumbung merah, ada dua tingkat, tangga, pagar (A) dan (B), dapur, dulang, kuali, telur dadar, pai epal, garfu, pinggan, meja makan, dua buah kerusi, katil (untuk kanak-kanak) dan surat.  

Walnut Squirrel Family

Ini koleksi kedua yang cx ada iaitu Walnut Squirrel Family.  Set ini adalah keluarga tupai yang mempunyai seekor ayah, ibu, abang dan adik.  Walnut Squirrel Family memakai pakaian fabrik lengkap yang boleh ditanggalkan. Comel betul empat ekor Walnut Squirrel Family ini tau.  Rasa sayang setiap kali nak bagi anak-anak main. hehe

Set Walnut Squirrel Family ini mengandungi watak Mario, Luigi, dua ekor plat, dadu, helaian label, daun, pangkal dan batang pokok. 

Sylvanian Families Toys Berbaloi Dimiliki

Sylvanian Families Tooys adalah mainan yang evergreen.  Ianya mempunyai daya tarikan yang mesra kepada semua golongan.  Sylvanian Families Toys terdiri daripada banyak aspek berbeza yang menarik minat anak-anak gadis termasuk bermain anak patung, menghias rumah, mengumpul perabot dan menukar pakaian.  Lagipun, anak-anak bebas dalam berkarya mengikut imaginasi mereka untuk mencipta cerita mereka sendiri. 

Lagipun, Sylvanian Families Toys menggalakkan aktiviti yang sihat.  Selain itu mempunyai daya tarikan yang berkekalan dalam membantu mengembangkan pemikiran serta emosi anak-anak yang turut serta berimaginasi bersama ketika bermain.  

@chazaxiaojie Since tahun lepas ada nampak Sylvanian Families Toys ni dekat AEON. Anak dara cx yang no.2 asyik tengok je. Terdetik dalam hati, nak belikan tapi agak keras harga sebab banyak set time tu. Tup2 tahun ni ada rezeki memiliki sendiri koleksi Sylvanian Families. Aish! Seronok tak terkata aih hati keibuan cx. Happy bila anak teruja bila cx bagi 🥰 Syukur Alhamdulillah. ❣️ Nah cx belanja Sylvanian Families Toys Unboxing Videos. #toysunboxingvideos #unboxingtoys #sylvanianfamilies #walnutsquirrel #kbba9 ♬ Pink Venom - BLACKPINK

Post a Comment

3 Comments

Tengkubutang said…
Comelnyaaa.. Rabbit
Mrsliez said…
Aloloooooo comelnya.. bukan kata anak suka mak² pun boleh suka ni
Marina Bashah said…
Suka jugabtengok toys ni. Geram je tengok