Taksir Zakat Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Sempena Bulan Taksir Zakat


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Taksir Zakat Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Sempena Bulan Taksir Zakat

Apa itu Taksir Zakat? Taksir Zakat adalah kiraan yang dibuat untuk mendapatkan nilai lebih tepat sebelum pembayaran zakat dilaksanakan.  Masyarakat kita sedia maklum selama ini kita ada banyak jenis zakat yang ada untuk ditunaikan namun jumlah tepat yang menjadi kurang cakna.  Jenis-jenis zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.  Zakat fitrah adalah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.  Kebiasaanya kita tunaikan dalam sepanjang bulan Ramadan. 

taksir zakat
Taksir Zakat Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Sempena Bulan Taksir Zakat

Manakala zakat harta terbahagi kepada beberapa bahagian yang ramai kurang cakna akannya dan cx sendiri pon akuinya kurang ilmu akan setiap satu darinya.  Zakat harta termasuklah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat kwsp, zakat emas dan perak, zakat takaful, zakat padi, serta qada' zakat. 

Taksir Zakat Sekarang Dan Tebus Baucar! 

Sempena Bulan Taksir Zakat yang sedang berlangsung, umat Islam berpeluang untuk taksir setiap zakat yang mereka perlu bayar dengan lebih tepat.  Sekarang ini tak susah kalau nak taksir zakat.  Semua dah dipermudah agar kita tidak lagi alpa.  Cara Taksir Zakat?  Korang hanya perlu muat turut aplikasi mudah alih 'ZakatSelangor' di App Store atau Play Store.  Kemudian bolehlah mulakan pendaftaran akaun kita untuk log masuk. 

taksir zakat
Taksir Zakat Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Sempena Bulan Taksir Zakat

Selepas dah daftar akaun, kita dah boleh gunakan fungsi 'Taksir' di dalam aplikasi ZakatSelangor.  Bolehlah buat taksiran jenis-jenis zakat harta dan "Simpan Taksir Zakat" dengan menggunakan kalkulator zakat yang disediakan.  Bila dah siap semua, kita boleh dapatkan baucar tau! Kita boleh tebus baucar di cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berdekatan dengan kawasan.  Jangan lupa bagi bukti taksiran yang telah kita buat.  

Ohya, Bulan Taksir Zakat bermula 15hb Jun 2022 sehingga 31hb Julai 2022 okay.  Jangan lepaskan peluang untuk taksir zakat dan sempurnakan zakat kita semua.  Korang layari laman sesewang zakat selangor di jom.zakatselangor.com.my untuk maklumat lanjut. 

E-Zakat Online: Kemudahan Zakat Alaf Baru

Zaman kita sekarang semuanya telah dipermudah, hanya dengan hujung jari sahaja, semua maklumat boleh diperoleh.  Contoh cx bagi macam e-zakat online yang ada sekarang ini.  Kita tak payah nak bersusah payah untuk pergi ke kaunter lembaga zakat, semuanya kita boleh buat melalui e-zakat online sahaja. 

Melalui e-zakat online, kita boleh semak rekod bayaran bayaran zakat kita selama ini.  Selain itu, kita boleh juga semak status permohonan zakat, bayar zakat dan sebagainya.  Mudah sangatkan? Hanya menggunakan e-zakat online, semua boleh selesai.  

taksir zakat
Taksir Zakat Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Sempena Bulan Taksir Zakat

Program Agihan Zakat Dilaksanakan Sebaiknya

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah dan tetap melaksanakan program agihan zakat sebaiknya.  Terkini, pada 30 Jun lalu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengadakan perjumpaan bersama amil kariah Kg Perepat bagi tujuan membincangkan persediaan dan peranan pihak amil kariah dalam mengadakan program agihan korban yang berlangsung di Kompleks Bait Al-Hasanah Kg Perepat.  Tidak ketinggalan juga lawatan ke beberapa rumah asnaf sekitar kampung tersebut. 

taksir zakat
Taksir Zakat Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Sempena Bulan Taksir Zakat

Selain itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut membuat agihan zakat kepada penternak ikan keli encik Muhammad Sam yang telah dikhianati sebelum ini gara-gara kolam ternakannya diracun.  Turut tidak ketinggalan agihan bantuan zakat kepada pesakit kanser rahim tahap empat kaklong Wan Marziah yang tular baru-baru ini setelah diberhentikan kerja ketika PKP.  Semoga dengan kutipan zakat yang terkumpul, dapatlah kita semua sama-sama membantu mereka yang memerlukan dengan program agihan zakat yang dikendalikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jom Bayar Zakat Selepas Taksir Dan Berpeluang Menangi Pelbagai Hadiah Menarik!

Jangan lupa bayar zakat harta korang selepas taksir zakat.  Korang berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik tau! Syarat dan terma korang boleh rujuk di bawah okay. Selamat mentaksir zakat!

taksir zakat
Taksir Zakat Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Sempena Bulan Taksir Zakat

taksir zakat
Taksir Zakat Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Sempena Bulan Taksir Zakat


Post a Comment

0 Comments