Deeyeo Baby Care Face Towel Pilihan Para Ibu Masa Kini


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Deeyeo Baby Care Face Towel Pilihan Para Ibu Masa Kini

Bila melibatkan anak-anak kita, semestinya para ibu mahukan yang terbaik untuk mereka. Lebih-lebih lagi apabila anak kita masih bayi. Kalau nak buat apa sekalipun, kita kena fikir banyak aspek sebab bayi kan sangat sensitif, lebih-lebih lagi melibatkan kulit. Jadi, macam cx memang akan pastikan anak-anak dapat yang terbaik untuk penjagaan mereka. Kalau boleh biarlah semuanya elok, serasi dan baik untuk kegunaan anak kita.  Jadi, untuk penjagaan anak-anak cx, Deeyeo baby care face towel menjadi pilihan cx untuk kali ini dikongsikan dengan korang semua.  

deeyeo baby care
Deeyeo Baby Care Face Towel Pilihan Para Ibu Masa Kini

Kelebihan Deeyeo Baby Care Face Towel 

Kalau korang nak tahu, Deeyeo baby care face towel ini diambil darioada sumber kayu import di Brazil tau.  Pemilihan kayu Brazil yang sangat strict selama lebih daripada lima tahun lamanya.  Kiranya dengan sekurang-kurangnya 8500 jam cahaya matahari terkumpul dan ekstrak hutan penanaman mesra alam.  Kiranya kualiti dia lebih baik dengan tanah lembap semulajadi hutan.  

  • Lembut dan Mesra Kulit

Deeyeo baby care face towel ini sangat lembut dan mesra kulit.  Ianya tidak merengsa kulit ketika atau setelah digunakan.  Merujuk kepada data yang diperolehi daripada skin-friendly, ia menunjukkan bahawa kandungan air permukaan kulit manusia secara amnya 12% sehingga 15% yang mana inaya sangat hampir dengan kandungan serat EcoCosy Fiber.

  • Penyerapan Lembapan Semulajadi yang Sangat Baik

Deeyeo baby care face towel mempunyai lembapan semulajadi yang sangat baik untuk kulit bayi.  Ianya mengandungi serat EcoCosy dan menggunakan pulpa kayu pelarut ketulenan tinggi. Jadi, Deeyeo baby care face towel mempunyai penyerapan diri semulajadi yang sangat baik dengan kelebihan semulajadi yang ada. 

  • Reka Bentuk Muka AB yang Mesra Kulit

Sisi A: Mempunyai tekstur mutiara 3D, berkapasiti penyerapan air yang baik dan membersihkan liang-liang dengan berkesan.
Sisi B: Coraknya rata, halus dan lembut, khas untuk tangan juga mulut, tidak menyebabkan kerosakan ke atas kulit.  


Deeyeo baby care
Deeyeo Baby Care Face Towel Pilihan Para Ibu Masa Kini

Deeyeo Baby Care Face Towel Sebagai Pembersih Muka

Gara-gara Deeyeo baby care face towel ini diperbuat daripada bahan semulajadi dan mempunyai tekstur yang lembut untuk kulit, jadi cx juga gunakannya sebagai pembersih muka untuk anak-anak dan diri sendiri juga.  Pada cx, waima kadang-kadang kita tak pakai solekan di wajah, ada masa itu, kulit muka rasa macam kotor, melekit, berminyak sebab seharian kita menhadap keadaan luar dan dalam rumah.  Kalau luar rumah tu kita pergi balik ambil anak sekolah kan?  Cerita dalam rumah pula, muka kita menghadap dapur masak hampir setiap masa.  Jadinya, muka akan rasa kurang selesa bila tiba masanya. 

Jadi, cx ambil inisiatif untuk gunakan sahaja Deeyeo baby care face towel sebagai pembersih muka instant.  Kalau macam dekat luar, senang nak bersihkan muka kita.  Rasa melekit tak selesa sahaja, ambil sehelai Deeyeo baby care face towel, cx lap sahaja di muka.  Macam itu juga untuk anak-anak yang balik sekolah.  Boleh digunakan juga untuk memberikan kesegaran kulit wajah mereka.  

Kalau macam bayi, tangan dia kotor atau muka dia macam terkena habuk, cx lap sahaja guna Deeyeo baby care face towel. Senang sangat! Mudah dan pantas aih.  Jadi, pada cx, Deeyeo baby care face towel bukan sahaja boleh digunakan untuk kulit bayi tetapi kita yang dewasa pon boleh guna untuk bersihkan wajah ketika perlu. 

deeyeo baby care
Deeyeo Baby Care Face Towel Pilihan Para Ibu Masa Kini

Jom Dapatkan Deeyeo Baby Care Face Towel Sekarang! 

Jom korang dapatkan Deeyeo baby care face towel sekarang untuk kegunaan seisi keluarga.  Tak perlu pening nak beli dekat mana, klik sahaja di Shopee Deeyeo . Penghantaran dia pon cepat dan pantas.  Barang yang diterima juga dalam keadaan baik.  Terima kasih Deeyeo !  Harga dia pon sangat berbaloi tau.  5 Pack Bundle MYR16.99.  3 Pack Bundle MYR33.99 dan 1 Pack MYR11.99 .  Korang boleh pilih nak yang mana satu mengikut kegunaan masing-masing okay. 










Post a Comment

0 Comments