سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Lampu Monitor E-Reading LED Screenbar BenQ Membantu Melindungi Kesihatan Mata Pengguna
Sekarang ini kita lebih banyak menggunakan mata untuk menghadap skrin monitor komputer. Betul kan? Macam cx memang akan hadap monitor dan laptop setiap hari memandangkan sebagai blogger memerlukan untuk fokus dengan social media. Jadinya cx secara terus akan menghadap skrin sehingga melebih tempoh yang sepatutnya mata kita mampu hadap. Kemudian, mata cx akan jadi cepat letih dan berair gara-gara lama sangat depan skrin monitor. Lagipun cx ada rabun jauh dan silau yang tinggi. Memang akan bagi kesan yang tak seronoklah.
Lampu Monitor E-Reading LED Screenbar BenQ |
Jadi, cx memang selalu betulkan kecerahan cahaya dekat skrin laptop. Kejap-kejap cx laraskan kecarahan cahaya mengikut keadaan mata cx ketika itu. Agak mengganggu juga tapi nak buat macam mana kan? Mata cx sedianya rabun dan silau tinggi. Kebelakangan ini cx ambil satu keputusan untuk cari lampu monitor e-reading led screenbar untuk membantu pengcahayaan yang betul untuk cx ketika menghadap skrin laptop dan monitor. Akhirnya cx jumpa satu lampu monitor e-reading led screenbar dari jenama BenQ. Ternyata lampu monitor e-reading led screenbar BenQ ini tahu cara menjaga kesihatan mata cx sebagai pengguna yang kerap hadap skrin monitor. Jom cx kongsikan pengalaman dan sedikit maklumat berkaitan lampu monitor e-reading led screenbar BenQ
Fungsi Lampu Monitor e-Reading LED Screenbar BenQ Menjaga Kesihatan Mata Pengguna
Pelebaran dan pengecutan retina disebabkan terutamanya oleh intensiti cahaya. Retina kita dia umpama bukaan kamera fotografi tau. Jadinya, retina akan mengecil apabila cahaya kuat, dan membesar apabila cahaya lemah atau gelap.
Bila kita bekerja berjam-jam lamanya di hadapan skrin monitor dengan keadaan cahaya yang tidak sesuai, Retina manusia akan berlakunya kontraksi kepada otat radial mata. Ianya sebab cahaya kita tak kuat atau tak betul dan tak cukup untuk penglihatan yang baik. Begitu juga sekiranya pengcahayaan sekeliling kita agak kuat atau terang, otot-otot mata kita akan berlaku kontraksi.
Cara Menjaga Kesihatan Mata dengan Lampu Monitor E-Reading LED screenbar BenQ |
Cx bagi satu contoh supaya korang sedikit faham. Dia macam ni tau, kalau retina kita asyik berubah keadaan yang mana kejap-kejap mengecut, lepas itu retina kita mengembang disebabkan oleh pengcahayaan yang buruk. Keadaan seperti ini akan menyebabkan mata kita berlakunya ketegangan. Macam cx cakap dekat atas, mata cx akan cepat letih dan kadang-kadang sampai berair. Ada sesetengah orang akan jadi sakit kepala kalau dia terus hadap skrin monitor di bawah pengcahayaan yang buruk dan tidak sesuai.
Maknanya, macam cx ini kan mata cepat letih, kadang-kadang berair waima cx dah selalu betulkan brightness cahaya di skrin laptop. Tetapi sebenarnya cahaya tersebut selama ini tidak betul dan ianya cahaya yang buruk untuk cx sendiri. Cx rasa macam okay selesa untuk waktu yang singkat, lepas itu cx akan ubah lagi brightness di skrin laptop. Jadi, inilah dia fungsi lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ dalam cara menjaga kesihatan mata kita. Dia akan berfungsi secara automatik untuk kelarasan pengcahayaan mengikut cahaya di sekeliling kita.
Ciri-Ciri Terbaik Lampu Monitor E-Reading LED Screenbar BenQ
Menariknya lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ ini adalah ianya sesuai dan dapat dipasang untuk semua jenis model BenQ. Kalau korang nak pasang dekat laptop, korang kena nantikan ketibaannya secara eksklusif di Malaysia nanti okay. Okay, jom cx kongsikan ciri-ciri terbaik lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ yang memandang serius untuk cara menjaga kesihatan mata kita sebagai penggunanya.
- Peredupan Automatik (Auto Dimming)
Sensor cahaya ambien terbentuk secara automatik menyala sehingga 500 lux. Terangkan? Lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ dilengkapi dengan sensor yang dapat mengesan kecerahan sekelilingnya dengan cepat dan kemudian menambahkannya dengan cahaya yang tepat. Inilah cara menjaga mata yang baik dengan memilih lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ
Dalam keadaan biasa, mod peredupan automatik akan menyala hingga 500 lux. Sementara di ruangan yang redup (di bawah 50 lux), lampu secara automatik menyesuaikan pencahayaan menjadi 300lux, dengan itu, lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ menghilangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kontras cahaya yang kuat untuk penglihatan mata kita.
- Penjimatan Ruang
Reka bentuk klip yang dipatenkan melekat pada monitor. Dengan reka bentuk unik BenQ, tidak perlu pita atau skru yang merosakkan komputer
- Tiada Silau Skrin
Tiada pantulan, hanya pengcahayaan tepat.
Reka bentuk optik asimetris memastikan silau pantulan sifar dari skrin. Lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ mempunyai reka bentuk optik asimetris yang hanya menerangi meja dan tidak bersinar di skrin, mengelakkan silau pantulan.
Mengapa Lampu Monitor E-Reading LED Screenbar BenQ Lebih Bagus?
Menariknya lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ ini adalah, dengan setiap pembeliannya, akan diberikan tempoh jaminan selama tiga tahun untuk BenQ Monitor Eye-Care. Manakala tempoh jaminan pembelian bagi lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ pula adalah selama dua tahun lamanya. Paling seronok , mereka akan datang ambil untuk servis sekiranya ada sebarang masalah. BenQ sangat menjaga penggunanya okay. Kalau korang nak dapatkan sebuah lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ, boleh beli di Lazada BenQ.
Pengalaman Sendiri Setelah Menggunakan lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ
Pengalaman cx setelah menggunakan sendiri lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ ini, cx memang puas hati sungguh! Puas hati yang rasanya boleh bagi 9/10 bintang. BenQ tahu bagaimana cara menjaga kesihatan mata yang betul dengan mengeluarkan design dan ciri-ciri lampu lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ terbaik. Cx memang ada silau yang tinggi gara-gara masalah keratokonus, jadinya lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ memang penyelamat cx.
Design yang simple dan tidak menggunakan ruang meja memberikan kelebihan menarik buat pengguna. Cx selesa dan gembira ketika menggunakan lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ. Korang pon boleh dapatkan sendiri lampu monitor e-reading LED screenbar BenQ sekarang tau! Tak rugi dan ianya sangat berbaloi untuk jangka masa panjang. Inilah cara menjaga kesihatan mata yang baik dan puas hati setakat ini.
E-Reading Screenbar: https://bit.ly/3yDzUYR
Shopee: https://bit.ly/3lZFIbI
Lazada: https://bit.ly/3CIHdRq
0 Comments