سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Chup! Makan Dulu Nostalgia Laksamana Bufet Ramadan DoubleTree HIlton Hotel Melaka
Pada 31hb Mac 2021 kelmarin, cx mendapat jemputan untuk Ramadan Preview di DoubleTree Hilton Hotel Melaka. Kehadiran cx dan keluarga disambut baik oleh para petugas di Makan Kitchen DoubleTree Hilton Hotel Melaka. Ramadan Preview kali ini oleh DoubleTree Hilton Melaka mempersembahkan makan malam bufet bertemakan "Nostalgia Laksamana" untuk bulan puasa akan datang. DoubleTree Hilton Hotel Melaka lebih memberi tumpuan agar kita dapat berehat dan berbuka puasa bersama keluarga serta rakan-rakan dengan makanan istimewa negeri Melaka yang terkenal di Makan Kitchen.
Nostalgia Laksamana: Chup! Makan Dulu Bufet Ramadan DoubleTree Hilton Hotel Melaka |
Pilihan Minuman Chup! Makan Dulu: Nostalgia Laksamana |
Cx dan keluarga sangat teruja untuk merasai sendiri sajian yang disediakan. Mana tidaknya, Makan Kitchen menyajikan makanan Melaka yang sangat istimewa. Kalau korang nak tahu, makan malam bufet di DoubleTree Hotel Hilton ini adalah sebahagian daripada promosi Ramadan iaitu "Chup! Makan Dulu" . Mereka memetik perkataan "Chup!" dariapa slang klasik Malaysia yang sinonim dnegan kata "berhenti sekejap". Kalau zaman kita kecil-kecil dulu, kan selalu main mainan "chup!", jadi DoubleTree by Hilton Hotel Melaka realisasikan di Makan Kitchen.
Chup! yang digunakan untuk menarik seseorang dengan cara yang suka nak bergurau dan beramah-mesra. Makanya, melalui kempen ini, mereka berharap dapat mengembalikan memori dan mengingatkan rakyat Malaysia supaya berehat sebentar daripada kesibukan seharian. Kita juga boleh manfaatkan masa yang berkualiti dengan orang tersayang sambil menikmati makanan sedap di DoubleTree by Hilton Hotel Melaka.
Nostalgia Laksamana : Tema Kekayaan dan Penghormatan CItarasa Laksamana Melaka
Bertemakan "Nostalgia Laksamana", menu Ramadan untuk tahun ini adalah merupakan sebuah penghormatan kepada kekayaan citarasa yang terdapat dalam setiap hidangan negeri Melaka. Satu rasa yang mengingatkan kita pada masakan di rumah. Sajian yang dibawakan adalah seperti, kerabu sotong sumbat betik, Nasi Ulam Jantung Pisang, Gulai Asam Pedas, Patin Bakar Nyonya Sauce, Ayam Golek Bumbu Desa Pedas, Salmon dengan Sambal Minang dan daging lembu istimewa yang direbus selama 12 jam di Rendan Hijau.
Ramadan Buffet 2021 |
Pulut Kuning Bufet Ramadan 2021 |
Barisan Chef Makan Kitchen |
Sajian Buah-buahan Pelbagai |
Pemanis mulut pula, kita boleh menikmati pelbagai jenis Kuih Talam, Pengat Durian Sago, Durian Tempuran dan Apam Balik yang merupakan signature DoubleTree Hotel Hilton Melaka. Menariknya di sini, mereka turut menyediakn satu kumpulan muzik tradisional yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang menjamu selera. Ianya juga merupakan satu kenangan eksklusif untuk para tetamu bawa pulang bersama.
Sajian Menu Sedap dan Berbaloi
Pada cx, sajian menu istimewa Nostalgia Laksamana ini memang pelbagai dan banyak pilihan. Ketika Ramadan Preview kelmarin, cx dan suami sempat merasa daging dan kambing yang disediakan. Sedap sungguh! Daging yang direbus 12 jam memang lembut habis! Kami ratah lauk yang paling banyak ketika itu. Anak-anak pon suka makan. Lembut dan sedap!
Menu Kebab Makan Kitchen |
Menu Nostalgia Laksamana Melaka |
Kuih Muih Istimewa Citarasa Melaka |
Hidangan Ketupat, Lemang, Pulut |
Kuih muih yang mereka sajikan pon sedap dan tidak terlalu manis. Elok sangat rasa dia. Agar-agar pon sedap, cx suka betul agar-agar cendol. Sedap sungguh! Manis dia sedang elok sahaja. Buah-buahan pon banyak pilihan. Anak-anak cx makan buah bukan main banyak. Sedaplah tu! Lagipun, anak-anak cx memang hantu buah.
Korang kalau pergi nanti, sila makan bubur lambuk. Sumpah sedap! Rasa dia padu sedap. Ikan salmon dia unik sungguh tau! Salmon lawan dengan sambal minang. Cx ingatkan rendang tapi bukan rupanya. Tapi rasanya sedaplah! Memang kena makan bergabung, baru umph! pergi dia. Nasi ulam pon sedap! Cx makan macam itu sahaja. Cukup segala perisa dan rasa. InShaAllah.
Tempahan Harga Istimewa Early Bird Chup! Makan Dulu Bufet
Makan malam bufet bertemakan "Nostlagia Laksamana" akan berlangsung bermula pada 13hb April sehingga 12 Mei 2021. Waktu operasi adalah bermula dari 6:30 petang sehingga 10:30 malam. Harga bufet adalah RM128 bagi dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak dan warga emas. Korang kena dapatkan harga Early Bird dengan hanya RM99 sahaja tau untuk penjimatan hebat. Tempahan hendaklah dibuat sebelum 5hb April 2021. Deposti diperlukan untuk tempahan 10 orang ke atas.
Sebarang maklumat atau tempahan lebih lanjut,boleh rujuk maklumat di bawah seperti berikut;
Telefon: +606 2223 333
E-mel ke MKZMM_FB@hilton.com
Website: www.eatdrinkhilton.com
6 Comments