Resepi: Nasi Minyak Ringkas dan Daging Masak Asam Pedas Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam sejahtera semua! Hari ini cx nak kongsikan resepi masak nasi minyak paling mudah, ringkas dan cepat! Gara-gara rasa nak makan nasi minyak hari ini, makanya ajom kita masak guna bahan apa yang ada di dapur sahaja ya. Kemudian kita lawankan dengan daging masak asam pedas Melaka. Nak tunggukan kenduri kahwin, tak ada jemputan pula dalam masa terdekat ini, makanya, jomlah masak sendiri . Ini pengalaman pertama cx. Ikut resepi Sheila Rosli tapi ada bahan yang tak cukup. Hahah! 

Nasi Minyak Simple

Resepi Nasi Minyak Simple

Bahan-bahan
2 cawan beras (Jati Basmathi- Direndam 30minit)
2 sb Planta
1 ulas bawang besar*Dikisar
3 ulas bawang putih*Dikisar
2 inci halia*Dikisar
2 biji Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga
½ Kulit Kayu Manis (Cx tak letak)
Kismis (Cx tak ada stok kismis, so tak letak)
Daun Pandan (Cx guna pes daun pandan)
Air 
1 Cawan Susu Cair (Cx guna susu kotak Goodday)
1 sudu kecil garam
1 kiub stok perisa ayam

Cara-cara
1. Tumiskan planta bersama bahan yang dikisar ke dalam periuk nasi sehingga naik bau.
2. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, stok perisa ayam dan kismis. 
3. Kemudian, bolehlah masukkan beras yang direndam terlebih dahulu tadi bersama dengan air secukupnya mengikut sukatan beras. 
4. Akhir sekali, taburkan garam secukup rasa dan biarkan nasi masak sendiri selama 20 minit.

Asam Pedas Daging Melaka

Resepi Daging Masak Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit Alba
Air Asam
2 sb Cili Kisar
Daging 
Kunyit Serbuk
Garam
Terung (Option)
Minyak masak

Cara-cara
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan dalam kuali panas berminyak.
2. Kemudian masukkan cili kisar bersama  secubit alba dan sesudu kecil kunyit serbuk.
3. Kacau sehingga bahan-bahan masak, bak kata orang tua-tua, biarkan pecah minyak. 
4. Masukkan sedikit air bersama terung dan daging yang telah direbus. Kalau belum rebus, masukkan air lebih sikit biar daging masak sehingga empuk.
5. Setelah terung dan daging lembut, masukkan air asam dan garam secukupnya.
6. Siap dan sedia untuk dihidang.

Okay dah siap! Cx lawankan dengan timun ulam sahaja. Haha! Nak buat yang timun nenas tu tapi tak ada bahan kan? Makanya guna apa yang sedia sahajalah hihi. Alhamdulillah. Kenyang. Anak-anak cx memang suka makan nasi berperisa macam ni. Cx gorengkan ayam untuk mereka. Lagi sedap dimakan. Hihi. Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki kurniaan Ilahi. Lepas ni nak cuba buat nasi lain pula. Kalau jadi, cx kongsi di blog ya. Hehe kbai.

Selamat Mencuba!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

17 Comments

Syamimi Saad said…
Sebenarnya buat nasi minyak ni tak la susah mana ye.
Tapi kita dok rasa macam rumitnya la haiii..
Tak pernah lagi try masak tuk anak suami.
Nanti boleh la cuba ikut resepi ni.
Heheh
Fadzi Razak said…
Biasa kalau nasi minyak, saya padankan dengan ayam masak merah. Jarang jarang nak makan dengan lauk daging asam pedas. maybe lepas ni boleh cuba daging asam pedas pulak
CXopportunities said…
Dekat Melaka, biasa jumpa hehe. Sedap. Tadi terfikir jga nak masak ayam masak merah tapi anak² kesian pula hehe. Pedas huhu
CXopportunities said…
Betul. Hehe cx pon baru je try ni haa hahaha.
Lia Hasty said…
Suka makan nasi minyak tapi x pernah masak sendiri. Memang ingat mula nasi minyak susah nak buat takut x kena cara nanti x jadi . Weekend ni free time nak Cuba resepi ni .
Mahamahu said…
Ayioo lama kita tak masak asam pedas ni pulak asam pedas daging tu Ya Allah memang sangat sedap dan memikat heheheh pulak tu makan dengan nasi minyak sedapnya nak cuba lah thanks share resepi mudah ni kita nak masak nanti ok...
Mimie said…
Sedapnya. Tak pernah masak nasi mi yak di rumah .Selalu makan kat rumah orang kahwin je. Lepas ni nak try lah resioi nasi minyak dan daging masak asam pedas melaka ni .Nampak sedap dan membuka selera
Absolute Yana said…
Is there a difference between asam pedas that we can normally find in restaurants than asam pedas melaka? It looks easy to make, wanna try over this weekend. Hopefully jadi la yer.
sitirohaida said…
tak pernah lagi buat nasi minyak ni...teringin nak buat, tapi bila tengok resepi lain tu macam rumit.tu yang tak buat tu.Tapi bila tengok resepi kat blog ni.senang rupanya...next boleh buat
Nadia Johari said…
tetiba nak buat pulak daging masak asam pedas tu..macam sedap je..hehee..lama tak makan daging ni..nak kene pergi pasar cari daging uii..
AlongMurni said…
Wah! Ada resepi.. Boleh la cuba nnti.. Favourite AM masak asam pedas daging nie.. Hehehe.. X sabar nak beli bahan2 utk dimasak nnti
Kayathre said…
Saya pun suka makan nasi minyak. Mak saya selalu masak nasi minyak apabila ada apa-apa perayaan.
Alamak sedapnyaaa. Lama tak pekena nasi ni. Selalu beli jer jarang buat sendiri. Ingat lepas ni blh ikut resepi buat sendiri..
Rajin masak-masak ni. Mouse mommy lebih gemar masakan ikan dan ayam, boleh saya cuba masak ikut resipi cx, tapi ganti daging dengan ayam? Rasanya sedap jugak ni.
Cik Min said…
Alamak..sedapnya. Haaaa boleh la cuba resipi ni nanti.
peergh nampak mengancam. sedap !! selalu pegi kenduri jele makan nasi minyak.
sheayang said…
Nampak Asam Pedas saya terus klik. Dah bertahun dok Melaka tapi belum mahir lagi masak asam pedas. Alahai.
Nampak mudah tapi bila buat sendiri, rasa tak kena je.