Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t
Nabi Muhammad saw dan Kesihatan
sharing number 31
Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh dan idola terbaik buat kita untuk menjejaki segala amalan dan perbuatan baginda.. jika di dunia kita kini.. idola kita siapa? =) anda boleh jawab sendiri. tidak salah beridola sesiapa pun, cuma kena pandai beza antara baik dan buruk. =)
ok .. straight to the point.. malas nak menceceh panjang-panjang.. bukan orang baca pon. hehe entry ni adalah berkaitan cara Nabi s.a.w menjaga kesihatan diri. Antara cara-cara baginda adalah :
- Bangun Sebelum Subuh
hikmah :
mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
- Aktif Menjaga Kesihatan
Hadis riwayat Muslim :“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”
- Tidak Makan Berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud :“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
- Gemar Berjalan Kaki
hikmah :
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
- Tidak Pemarah
Nasihat Rasulullah :‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
- Tidak Berputus Asa
perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
- Tidak Pernah Iri Hati
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
- Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa
Jom Amalkan Amalan Nabi Kita
jadi, mari kita sama-sama mengamalkan segala amalan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ... moga kehidupan kita lebih bermakna disamping sihat tubuh badan. =)
sumber terperinci di SINI
sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"
0 Comments