matinya orang yang dibenci Allah

Bismillahirahmannirahim
As salam saudara saudariku.

perkongsian kesembilan
seperti yang dijanjikan.  entry kali ini adalah tentang .. azab bagaimanakah yang menimpa kepada manusia yang dibenci oleh Allah? Ya Allah Subhanallah.  takut apabila ingin saya ungkapkannya .. sungguh dahsyat azab yang diberikan. 

azab Allah?

"Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu. Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka. (Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.” (Surah Ibrahim: 49-51)"

pernahkah anda melihat keadaan mayat-mayat yang TERCELA AIBNYA? pernahkah anda melihat keadaan jenazah yang TERBELIAK MATANYA? keadaan mereka yang TIDAK SEMPAT MENGUCAP? MATI KATAK? Ya Nauzubillah Subhanallah..  begitulah keadaan antara orang-orang yang dibenci Allah itu mati. mari saya ceritakan bagaimana proses berlakunya cabutan nyawa kepada orang yang dibenci Allah..


mati katak? 


baiklah, ketika YBhg Ustaz Dato’ Hassan Din Al Hafiz menceritakan proses-proses penarikan nyawa bagi orang-orang yang dibenci Allah.. sungguh takut untuk saya terus mendengar. tetapi, ilmu jangan dibiar masuk telinga kiri dan keluar ditelinga kanan. itulah pesanan yang selalu kita dengar ketika kecil.

tatkala NYAWA ORANG YANG DIBENCI ALLAH hendak dicabut... Allah perintahkan sahaja kepada malaikat maut agar menjalankan tugasnya.

'wahai malaikat maut. orang yang aku ingin engkau cabut nyawanya ini adalah orang yang paling aku benci, orang yang tidak pernah mengikut perintahku.. maka, cabutlah nyawanya dengan cara apa sekalipun mengikut kemahuanmu'
berbeza sungguh keadaan orang yang disayangiNYA kan? Subhanallah.  DAN ketika malaikat maut mahu mencabut nyawa orang-orang yang dibenci Allah itu, malaikat datang dengan wajahnya bengis dan amat menakutkan.

'wahai hamba Allah. aku diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawamu'


sedang malaikat maut ingin mencabut nyawanya, ada juga roh yang tidak mahu keluar daripada jasad si pemilik.. hal inilah yang menyebabkan malaikat maut RENTAP nyawa mereka tanpa belas kasihan seperti mana yang diperintahkan oleh Allah. DAN daripada rentapan itulah, kita dapat lihat jenazah-jenazah yang matinya sangat aib.. SUBHANALLAH YA ALLAH.


'KAU ampunilah dosa kami semua dan hindarkanlah kami daripada mati dalam keadaan yang mengaibkan. KAU matikanlah kami dalam keadaan yang  beriman'


jadi, kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa.. moga adanya kesempatan untuk kita memohon keampunan daripada Allah dan memohon keredhaanNYA didunia dan diakhirat. Amin.

pilihlah jalan yang benar kerna kita yang menentukan keadaan kita diakhirat kelak. waspadalah.


ilmu yang dikongsi, perlulah kita hebah-hebahkan agar dapat kita selamatkan saudara seislam kita daripada terus terleka.  INSYAALLAH

tegurlah jika saya melakukan kesilapan
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

0 Comments